Ketam Masak Bercili dengan Telur

Assalamualaikum,yaa,kita berjumpa lagiii~~~๐Ÿ˜‚โค

Okay,menu kita pada minggu ini,ialah Ketam Masak Bercili dengan Telur๐Ÿ˜๐Ÿ˜Sebenarnya,menu ni dah lama dah,kami cuba buat..Alhamdulillah,menjadi juga walaupun berperang dekat dapur ,dengan bebelan maktok lagi..๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚aduhai,haru biru jadinya..

Kami memang ikut resepi ni ja sebelum ni,memang sedap dan mudah ja nak masak..itupun mudah bagi orang yang memang cekap la berperang dekat dapur๐Ÿ˜…macam kami ni,budak baru belajar lagi,agak mencabar juga la mula-mula tu..mau taknya,sepanjang memasak tu,maktok dok membebel jaa๐Ÿ˜…๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Okay la,malas nak cerita banyak pasal kekecohan tu,jadi,ni la resepi yang kami nak share,harap hampa semua dapat ikut resepi ni dengan baik dan masakan anda semua berjaya!๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Selamat mencuba semua~~~๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ’•๐Ÿ’•




Ketam Masak Bercili dengan Telur

BAHAN-BAHAN
3 ekor ketam bunga saiz L
1 biji bawang besar - ditumbuk
2 ulas bawang putih - diketuk
1 sudu cili kisar
1 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
1 biji telur - dipukul
garam secukup rasa
serbuk kunyit 

CARA-CARA
1. Gaul ketam dengan garam dan kunyit
2. Goreng ketam sehingga masak (boleh juga dikukus atau rebus) dan letakkan ke tepi
3. Gunakan minyak gorengan ketam tadi untuk menumis
4. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili kisar tadi sehingga garing
5. Masukkan sos tomato dan sos tiram dan sedikit air
6. Masukkan telur dan gaul sekejap dengan ketam (boleh juga curahkan sahaja ke atas ketam)
7. Sedia dihidang

Haaa! macam mana tadi??dah berjaya buat??apa?!...Laaaa,kenapa tak buat lagi?...dah..dah..pi buat sekarang,lepastu boleh la makan sama-sama..senang ja๐Ÿ’˜๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

Comments

Popular posts from this blog

Popia Otak-otak

Kari Telor Ikan Mayong