Popia Otak-otak

hello~~lets cook❤❤

Assalamualaikum awak-awak semua~~tadi petang,maktok kami ada la goreng popia otak-otak . Sedap weyhh~~hampa tau tak otak-otak  tu macam mana?? Eh,bukan otak dalam kepala tu..otak-otak ni,isi ikan berempah ja..

Yang kami tau,dulu depa buat otak-otak ni,dalam daun kelapa pastu panggang.

Jadi,sekarang, kami nak share cara nak buat popia otak-otak ๐Ÿ’•๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹Sekarang ni,ada dah orang dok jual popia ni dekat pasar malam,kalau dekat pasar malam Sungai Dua,satu bungkus tu,RM 20,ada 45 biji semua...beli-beli tu,balik goreng ja~~
 
 Haa,ni lah rupa popia otak-otak ikan tu~~

Bahan-bahan:

  • Kulit popia segera
  • 300 gm ikan tenggiri – ambil isi ikan sahaja dan dikisar halus
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan kasar
  • 3 sudu kecil santan pekat
  • 1 sudu kecil jus limau
  • 1 helai daun kunyit – dihiris halus
  • 2 sudu kecil tepung jagung
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Serbuk perasa secukup rasa

Bahan-bahan A (dikisar halus):

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit
  • 1 inci lengkuas
  • 2 tangkai cili merah
Cara menyediakan:

  1. Mula-mula, sediakan inti otak-otak. Ambil isi ikan tenggiri dan satukan bersama semua bahan A yang dikisar halus.
  2. Kemudian, masukkan serbuk ketumbar, jintan kasar, santan, jus limau, daun kunyit dan tepung jagung. Masukkan juga garam, gula dan serbuk perasa. 
  3. Gaul sebati dan ketepikan.
  4. Akhir sekali, ambil kulit popia. Letakkan sedikit inti otak-otak itu dan gulung kulit popia.


5.Goreng popia dan angkat apabila warnanya menjadi kuning keemasan.
6.Hidangkan ketika ia masih panas.

Haaa!!Tadaa~~~dah siap dah,haa,tunggu apa lagi?jom la makan๐Ÿ’‹๐Ÿ’‹




Comments

  1. *Assalamualaikum, jom sebarkan berita ni sberapa byk yg mgkin utk membantu org yg memerlukan, terima kasih smua..aaminn.*

    Sy En.Mohd Zuhairi bin Noordin , pengasas produk herba dr hutan. Sy mnjual herba warisan yg mampu mrawat smua jenis kanser dari tahap 1 ke tahap 4 dan utk pengidap resdung kronik. Herba warisan dr hutan belantara ini tak mganggu rwatan kimoterapi. Ia blh diambil smasa rwatan hospital, malah lg baik jika berubat bsama spya lg cpt sembuh. Daun² herba trpilih ini sudah trbukti brkesan kpd rmai pesakit kanser & ianya sukar dijumpai, malah belum ada mna² syarikat yg mngeluarkn herba ini. Ia herba khusus mrawat kanser & resdung yg kronik. Fokus herba ni ialah mbunuh sel kanser hingga ke akar umbi spya kanser tak berulang lg.Jgn biarkan pnyakit menghuni dlm tubuh hingga kronik. Ia akn merebak ke organ lain.Bila dh merebak ia mnyukarkan rawatan. Herba bkn bnda asing lg. Jgn was² lg, sejak beratus thn herba dh digunakn oleh nenek moyang kita. Benda natural tak mganggu rawatan moden. Bkn pesakit kanser pun blh minum utk mencegah kanser. Utk psakit kanser, sy akn bantu hingga sembuh,memberi saranan & motivasi bgaimna utk hadapi kanser. Sy dh jumpa rmai psakit, kita blh brkongsi pndapat utk rawat smpai sembuh. Rmai psakit sy dh sembuh,anda bila lg?
    Hubungi utk order & pertnyaan:
    *En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570*

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kari Telor Ikan Mayong

Ketam Masak Bercili dengan Telur