Spaghetti Carbonara



Assalamualaikum, harini kami nak share satu resepi yang mudah,bak kata orang, resepi campak-campak tapi masih ikut prosedur masakan. Haaa,gitu~~πŸ˜†

Nak dijadikan cerita,sehari sebelum balik ke KMPP tu,adik kami tetiba pulak kata craving spaghetti carbonara...teringin katanya,nak suruh kak dia ni la masakkan.

So,kami pon,pi la keluar cari bahan semua ni...balik balik,terus perang dekat dapur,nak masak. Kami ikut resepi kawan ja,sebab dia dulu masa sekolah,rajin memasak dan bawa makanan mai dekat kami.

Jadi,nah ni resepi yang kami boleh share, simple ja dan semua boleh buat.πŸ’•
Let's do it!







Spaghetti Carbonara


Bahan-Bahannya : (Hidangan 4-6 orang)

  • 1/2 Paket spaghetti
  • 6 Ulas bawang putih – potong dadu
  • 1 Biji bawang besar – potong dadu
  • 1 Tin mushroom soup
  • 5 Batang sosej ayam -potong kecil
  • Lada hitam
  • 500 ml susu segar/low fat
  • 1/2 mushroom-potong kecil
  • 1/2  Paket ayam kisar
  • Mix herb
  • Garam secukupnya
Cara-cara :
  1. Mula-mula rebus spaghetti hingga lembut selama lebih kurang 20 minit, kemudian masukan sedikit minyak dan garam ketika merebus.
  2. Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis bawang putih dan bawang besar hingga harum. Masukan ayam kisar dan bila sudah separuh masak masukan juga sosej serta mushroom.
  3. Kemudian masukan mushroom soup dan bila kuah terlalu pekat boleh tambahkan susu segar.
  4. Selepas tu masukan lada hitam, mix herb, dan garam kemudian gaul rata. Matikan api dan spaghetti carbonara siap untuk dihidangkan.
Note**
Cheese kalau boleh jangan letak dalam masakan ini,sebab kebiasaannya akan jadi muak dan kurang berkhasiat. Tapi ikutlah citarasa diri masing-masing. Sebab macam kami,memang tak letak cheese,muak gitu. So,yaa..Selamat Mencuba,semua!~~~~πŸ’–πŸ’–πŸ’–

Comments

Popular posts from this blog

Popia Otak-otak

Kari Telor Ikan Mayong

Ketam Masak Bercili dengan Telur