Ayam Masak Butter



Assalamuailakum semua~~~~~๐Ÿ’“๐Ÿ’“๐Ÿ’“

Hari ni,kami nak share la satu resepi yang mudah untuk hidangan seisi keluarga,iaitu Ayam masak butter. Haa,hampa mesti pernah dengar kan??๐Ÿ‘€ Kami tau makanan ni,bila tengok video masakan dekat Instagram Datin Paduka Eina Azman tu..

Mula- mula buat ikut resepi sndiri,tak berapa nak jadi sangat kuah dia...ya laa,resepi campak-campak macam tu la jadinya๐Ÿ˜…

Lepastu,ada la kami sekeluarga p kedai makan,chicken rice shop tu...haa,depa ada la hidang ayam butter ni kan,pastu ibu tetiba teringin pulak nak masak,tapi dia serahkan dekat kami,sebagai anak sulung ni,masak la ayam butter ni.

Esok tu,lepas kami cari bahan apa semua tu,haa mulalah perang kami sorang-sorang dekat dapur. So,harap semua dapat la masak dengan baik..hampa usyar ja la resepi bawah ini,kalau tak faham,boleh usyar video masakan ni...hope you all like it!๐Ÿ’•






Ayam Masak Butter



Bahan bahan:
2 keping ayam thighs (boneless) - potong kecil
2 sb butter
2 batang cili merah-cincang
2 chili padi - cincang
1 pelepah daun kari
1 keping cheese cheddar
230 ml susu cair - ikut kepekatan disukai
Secubit serbuk perasa ayam Knorr - opsyenal
Garam dan gula secukup rasa



Cara cara:


  1. Perap ayam dengan bahan perap selama 1 jam. Masak ayam sehingga kekuningan di dalam non stick pan. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan kuali dengan butter. Tumis chili dan daun kari sehingga wangi. Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih. 
  3. Masukkan Knorr chicken powder,cheese,garam dan gula secukup rasa.
  4. Masukkan ayam tadi dan masak.Jika terlebih pedas, tambahkan sedikit gula. Ayam masak butter is done~~~๐Ÿ’–
HAAA!!senang ja kan???sebenarnya,kami memang dah cuba resepi ni,serius menjadi,tapi tu la,tak sempat pulak nak amik gambar original,sebab semua pakat tak sabar-sabar dah nak rasa๐Ÿ˜Œsedap sangat la kot,sampai habis semua depa rembat๐Ÿ˜tapi takpa,kami percaya hampa semua yang baca ni pon,pandai masak and Insyaallah,menjadi masakan tu๐Ÿ’œ

Comments

Popular posts from this blog

Popia Otak-otak

Kari Telor Ikan Mayong

Ketam Masak Bercili dengan Telur