Spaghetti Beef blackpepper

Assalamualaikum semua~~~😘😘
Apa khabar,semua??sihat kaaa??harap semua sihat-sihat belaka laa..baru la kita boleh berperang di dapur lagiπŸ˜…

Okay,harini,kami nak share satu resepi,iaitu Spaghetti beef blackpepper❤❤❤

Al kisahnya,pasal menu minggu ni,bermula bila kami,macam biasa laa,dok main instagram,pastu tetiba ternampak satu video ni,kami tak ingat nama instagram dia,tapi dia ada tunjuk cara nak buat spaghetti beef blackpepper ni..

So,kami pon,teringin la nk cuba buatkan,jadi,kami cari resepi ni,kami share la dengan hampa semua✌✌kalau rasa,macam susah ja nak ikut resepi ni,hampa boleh juga tengok video dibawah ni, yang kami pernah tengok harituπŸ™ŠπŸ˜…

So,selamat mencuba,semuaa~~~~❤❤❤🍝🍝🍝






Spaghetti beef blackpepper


bahan-bahan:
1/2 peket spaghetti-- rebus dan toskan
150gm daging cincang
3 batang sosej-- hiris
1/2 cawan mixed veggie
4 ulas bawang putih-- tumbuk
4 ulas bawang merah--tumbuk
sehiris halia--tumbuk
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos lada hitam ~ k.nor tambah 1 sk lada hitam yg ditumbuk
kicap manis secukupnye
garam gula secukup nye
minyak utk menumis


cara-caranya:
-tumis bahan2 tumbuk
- masukkan daging cincang dan tambah air skit..masak daging sampai empuk.
-tambah mixed veggie. sosej dan segala sos2, kicap
-akhir sekali masukkan spaghetti dan kacau sebati
-perisakan dgn garam dan gula
-hidangkan 

Tadaaaa~~~senang ja kan??haaa,hampa kalau lapar time petang-petang tu,taktau nak makan apa,boleh la try menu ni..ya la,takkan la nak ulang makan benda yang sama macam,spaghetti bolognese atau carbonara ja kan?Why not,kita cuba lain daripada yang lain..barulah tak jemu,nak masak.πŸ’•

Comments

Popular posts from this blog

Popia Otak-otak

Kari Telor Ikan Mayong

Ketam Masak Bercili dengan Telur