Nasi Kerabu ~~

hello~~lets cookπŸ’™πŸ’™πŸ’™

ASSALAMUALAIKUM!!!Hello,ada orang tak??hehehe,semua sihat??Dah makan ka belum??Apa?! Belum lagi??😲Ish..ish..ish..kenapa belum makan lagi??

Oooo..takdak idea nak masak rupanya...hmm,ahaa!!Kami ada satu resepi yang kami nak share. Kami pasti hampa semua akan suka hidangan ni nanti. Jeng..jeng..jeng..resepi minggu ini ialah, NASI KERABU ALA KELANTAN~~~

Nasi kerabu adalah menu yang cukup sinonim dengan negeri Kelantan. Ia merupakan makanan yang sering di sajikan untuk sarapan pagi, makan tengahari, atau sebagai hidangan keramaian.Nasi yang unik dengan warna biru ini adalah terlalu rumit penyediaannya.

Sapa yg pernah makan tu,tau la rasa macam mana kan??kami pon,first time rasa nasi ni dekat Kolej Matrikulasi ni. Mula-mula tu,tak lalu,tapi bila dah rasa,perghhhhh..sedap bakhang!!!πŸ˜πŸ’•πŸ’•So,kami nak la share resepi yang kami jmpa ni dekat hampa semua. Bila-bila free,cubalah nanti~~

Resepi by:masam manis



Okay,ni lah rupa nasi kerabu tu..banyakkan bahan-bahan dia?? takpa,jangan risau,sesamalah kita ikut ja resepi ni.

Ni antara bahan-bahan penting yang ada untuk hidangan nasi kerabu ni:

  • Nasi Biru
  • Gulai atau kuah tumis
  • Sambal kelapa atau serunding ikan
  • Sambal lada
  • Daging bakar
  • Solok lada
  • Ikan goreng celup tepung
  • Ulam-ulaman
  • Kerupuk ikan
  • Telur masin
  • Budu

Mula-mula kita sediakan daging bakar dulu. Daging ni perlu di perap semalaman sebelum di bakar. Ini bertujuan supaya segala rempah ratus tu serap dalam daging, dan menghasilkan daging yang enak untuk di nikmati.
DAGING BAKAR
Rujukkan : Youtube

500 gm daging batang pinang ~ cuci bersih

Bahan Sangai
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 2 sudu teh jintan putih
  • ~ bahan ini di sangai atau goreng tanpa minyak


Bahan kisar
  • 3 tangkai cili kering ~ potong, rendam lembut dan cuci bersih
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 inc halia
  • 1/2 inc lengkuas
  • 1 inc kunyit hidup
  • 3 batang serai
  • Gula dan garam secukup rasa


CARA-CARA:

  1. Daging tu kita cuci bersih dan toskan
  2. Sangai atau goreng tanpa minyak jintan manis dan jintan putih
  3. Satukan semua bahan dalam mesin pengisar, tambah sedikit air  dan kisar hingga lumat
  4. Lumurkan pada daging
  5. Tutup bekas dan simpan dalam peti ais semalaman
  6. Esoknya, bolehlah bakar.


Okay,sekarang kita nak sediakan gulai tumis pulak. Jika kita nak sediakan nasi kerabu ni sebagai sarapan pagi, sebaiknya gulai ni kita masak di malam hari sebelumnya. Sebab gulai ni lagi lama lagi sedap!Serius,tak tipu..tak percaya,try la dulu..jangan menyesal sudah,sebab sedap sangatπŸ˜† 


GULAI TUMIS ATAU KUAH TUMIS
Rujukkan : Nasi Kerabu

Bahan-bahan:
  • 1 cawan santan pekat 
  • 7 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 labu bawang besar
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 cm halia
  • 1 batang serai ~ di titik
  • 1 keping asam keping
  • 3 sudu besar budu
  • sedikit gula Melaka
  • gula secukup rasa
  • garam secukup rasa


CARA-CARA:
  1. Cili kering, potong kecil dan rendam hingga lembut.
  2. Satukan cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia. Kemudian kisar dengan sedikit air
  3. Panaskan minyak dalam kuali
  4. Tumiskan bahan kisar  dan serai yang di titik hingga garing
  5. Tambahkan air jika kuah terlalu kering
  6. Kemudian masukkan santan
  7. Biarkan ia merenih sebentar sambil di kacau supaya santan tak pecah minyak
  8. Kemudian masukkan asam keping, budu dan gula melaka
  9. Akhir sekali perasakan gula dan garamnya secukup rasa
  10. Biarkan kuah pekat.

TADAAA~~~ alahai,baru siapkan kuah,ada lagi ni..okay,jom sambung!Setelah siap, bolehlah kita goreng kerupuk ikan dan rebuskan telur masin. Bahan ini kita sediakan 1 hari awal supaya persedian kita untuk memasak esok hari lebih mudah dan ringkas.



Okay,next pulak...haihh panas tu la,dok dekat dapuq niπŸ˜“takpa,jom sikit ja lagi nak habis. Sekarang,kita nak buat sambal kelapa pulak

SAMBAL KELAPA ATAU SERUNDING KELAPA IKAN

Bahan-bahan:


  • 1 ekor ikan kembung
  • 1/2 biji kelapa parut ambil putih sahaja
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 batang serai
  • garam dan gula secukup rasa


CARA-CARA:(1)
  1. Ikan kembung, di siang, cuci bersih dan rebus.Kami rebus 2 ekor terus sebab solok lada pun guna ikan kembung juga.
  2. Ita letak asam keping dan garam sedikit ketika merebus ikan
  3. Bila ikan dah empuk, angkat dan asingkan isinya.
  4. Kelapa parut pula kita sangai dalam kuali tanpa minyak. Sentiasa kacau supaya kelapa tak hangus.
  5. Bila dah masak, angkat.
  6. Asingkan 3 sudu besar kelapa untuk buat solok lada.


CARA-CARA:(2)
  1. Bawang merah dan serai di tumbuk lumat
  2. Isi ikan kembung juga di tumbuk lumat
  3. Masukkan kelapa sangai dalam lesung dan tumbuk lumat juga
  4. Gaulkan semua bahan yang di tumbuk
  5. Perasakan dengan garam dan gula

Dah siap sambal kelapa kita buat solok lada pula

SOLOK LADA

Bahan-bahan:

  • 7 tangkai cili hijau
  • 1 ekor ikan kembung
  • 3 sudu besar kelapa parut yang telah di sangai
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inc halia
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 cawan santan
  • garam dan gula secukup rasa
  • asam limau

CARA-CARA:
  1. Cili hijau kita belah tengah dan buang bijinya
  2. Ikan kembung rebus dan asingkan isinya
  3. Kelapa parut di sangai ~ ambil dari sangai kelapa parut untuk sambal kelapa
  4. Tumbuk lada hitam, bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat
  5. Kemudian tumbukkan pula isi ikan kembung
  6. Tumbukkan juga kelapa yang telah di sangai tadi
  7. Satukan dalam mangkuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
  8. Jika terlalu kering, perahkan asam limau atau boleh juga letakkan air asam
  9. Lada kita belah 2 dan buang biji tengahnya
  10. Sumbatkan kelapa dan ikan tadi dalam lada hingga penuh
  11. Susun dalam periuk
  12. Tuangkan santan
  13. Rebus hingga masak.Boleh juga di kukus
Ok bila dah siap bolehlah kita tanak nasi pula...haih penatnyaa...aippp!!jangan mengeluh,okay..jom,sambung!

NASI BIRU BUNGA TELANG
Resepi by:https://norazlitaaziz.blogspot.my/2016/06/resepi-nasi-kerabu-kelantan-yang-sangat.html

Bahan -bahan:


  • 1 gengam bunga telang
  • 2 1/2 cawan beras
  • 3 cawan air rendaman bunga telang
  • 5 helai daun limau purut ~ di koyak-koyak
  • 1 batang serai ~ di titik
  • garam secukup rasa

CARA-CARA:
  1. Bunga telang, cuci bersih
  2. Masukkan dalam bekas berisi air dan ramas-ramas
  3. Biar seketika
  4. Kemudian tapis
  5. Beras di cuci bersih
  6. Toskan
  7. Tuangkan air rendaman bunga telang
  8. Biar sebentar hingga warna serap pada beras
  9. Masukkan serai, daun limau purut dan garam secukup rasa
  10. Tanak nasi seperti biasa
Sementara tunggu nasi masak,  kita sediakan air lada

AIR LADA

Bahan-bahan:


  • 10 tangkai cili padi 
  • sedikit gula Melaka
  • Sedikit garam
  • sedikit gula
  • 2 biji limau kasturi

CARA-CARA:
  1. Satukan semua bahan dan kisar.Atau jika suka kasar boleh tumbuk lumat
  2. Perahkan asam limau
Ok air lada dah pun siap, sekarang kita nak sediakan ikan celup tepung pulak

IKAN CELUP TEPUNG RANGUP

Bahan-bahan:


  • 2 ekor ikan kembung(ikut suka nak banyak mana) ~ di siang dan cuci bersih
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • secubit garam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar air kapur makan
  • 1 sudu teh kunyit
  • air secukupnya






CARA-CARA:
  1. Satukan semua bahan kecuali ikan kedalam mangkuk
  2. Kacau adunan rata, adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair
  3. Masukkan ikan dalam adunan
  4. Panaskan minyak dalam kuali
  5. Ambil ikan yang telah di celup tepung dan goreng
  6. Balik-balikkan
  7. Angkat setelah masak
  8. Celup semula ikan yang dah goreng dalam adunan tepung dan goreng semula. Bermakna kita goreng ikan 2 kali
  9. Angkat setelah ikan garing
  10. Baki adunan , kita renjis dalam kuali untuk jadikan kerupuk yang rangup.
Dah siap pun ikan kita!! sekarang, kita sediakan pula ulam ulaman




ULAM ULAMAN

Bahan-bahan:



  • 1 batang timun ~ potong bulat kemudian hiris halus
  • 1 kuntum bunga kamtan ~ belah 4 dan hiris halus
  • 5 batang kacang panjang ~ hiris halus
  • 2 kelopak kubis ~ buang batang tengah dan hiris halus
  • Daun kesum ~ hiris rampai
  • 3 batang kacang botol ~ potong 2 hiris halus
  • 1 mangkuk taugeh

CARA-CARA:

  1. Semua sayur-sayuran ni cuci besih dahulu, kemudian keringkan
  2. Potong atau hiris halus sayur-sayuran dan ulam-ulaman kecuali taugeh
  3. Satukan dan gaul rata

Alhamdulillah,YEAYYY!! dah siap dah~~ set hidangan nasi kerabu kita. Kalau nak sedap lagi boleh lah tambahkan budu. Mudah aje buatnya, tuang budu dalam mangkuk, hiris bawang merah dan cili padi, perahkan asam limau dan boleh di nikmati. Ermmmm....Its so DELICIOUS!!!!πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹ Rugii,kalau tak cubaa~~

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.πŸ˜‰

Comments

Popular posts from this blog

Popia Otak-otak

Kari Telor Ikan Mayong

Ketam Masak Bercili dengan Telur