Tom Yum Goong

hello~~lets cook❤❤

Assalamualaikum semua๐Ÿ˜~~~hai..dah lama dah kan,kami tak post pasal resepi makanan yang kami pernah makan dan pernah memasak juga?๐Ÿ˜™..Haaa!!Jangan ingat kami main post ja resepi ni,tapi langsung tak buat๐Ÿ˜ก. Nononono!!kami bukan macam tu...kami akan share resepi yang memang kami pernah buat and kami berminat nak buat..❤️๐Ÿ˜˜

So,hari ini,kami nak share satu resepi,resepi ni,kalau pi kedai makan mana-mana,yang ada steamboat bagai,makanan ni memang digilai ramai and cukup popular laa.❤️ Haa,nak tau apa??๐Ÿค”๐Ÿ˜‰makanannya ialah...Jeng..jeng..jeng.. TOM YUM GOONG ๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰!!~~~ ehh,laaa,kenapa muka berkerut tu?☹️tak tau ka makanan apa??ishh,itu tomyam laaa๐Ÿค—..kalau dekat Thailand,haa,tulah namanya..๐Ÿคฉ

Okay,jom kita tengok resepi masakan ni,insyaallah,senang ja untuk kakak-kakak,adik-adik semua ikut.๐Ÿ‘๐Ÿป


BAHAN-BAHAN PERENCAH TOM YUM GOONG

  • 5 biji bawang merah. 

  • 2 biji cili merah. 

  • 5 biji cili kering. 

  • 1 inci lengkuas.

  • 2 batang serai.

  • 1 sudu udang kering. 

  • 3 helai daun limau purut. 

  • 1 inci belacan (yang telah dibakar).

  • Gula, garam dan air asam jawa. 

BAHAN-BAHAN UNTUK SUP TOM YUM GOONG
  • 1/4 ekor ayam yang telah dipotong-potong. 




  • 3 ekor sotong. 




  • 5 ekor udang (sebaik-baiknya udang yang sederhana besar) 


  • 1 ulas bawang besar (dipotong enam) 
  • 5 ulas bawang putih (yang telah diketuk) 
  • 1 inci lengkuas (yang telah diketuk) 
  • 2 batang serai (diketuk juga) 
  • 1/2 batang lobak merah dan bunga kobis. (terpulang kepada apa jenis lain yang ingin hampa tambah) 
  • 1 biji tomato (dibelah empat)
  • 4 @ 5 helai daun limau purut. 
  • 1 sudu besar perencah tomyam atau lebih. 
  • 1 sudu besar sos ikan.
  • 2 biji limau nipis - ambil jusnya sahaja.

  • 3 sudu susu cair. 

  • cili padi 

  • garam 
  • daun ketumbar

  • Air secukupnya untuk membuat sup.
CARA-CARA MEMBUAT PERENCAH TOM YUM GOONG

  1. Kisarkan semua bahan-bahan di atas dengan air yang sedikit sahaja. Air asam jawa, garam dan gula JANGAN dikisar bersama dengan bahan-bahan di atas. 
  2. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang telah dikisar tadi. 
  3. Tumiskan bahan-bahan tersebut sehingga baunya naik. 
  4. Selepas itu boleh lah di masukkan garam, gula dan air asam jawa. Garam dan gula di masukkan sedikit demi sedikit mengikut citarasa hampa.
  5. Biarkan semua ramuan tersebut masak secukup rasa hingga menjadi pes. Setelah siap sejukkan dan hampa boleh menyimpannya di dalam peti sejuk jika lebih.
CARA-CARA MEMBUAT SUP TOM YUM GOONG.

  1. Rebuskan ayam hampa yang telah dipotong tadi dengan air selama beberapa minit. 
  2. Masukkan bawang besar, daun limau purut, cili padi, bawang putih, serai dan lengkuas. 
  3. Kemudian masukkan udang, sotong, tomato dan semua sayur-sayuran yang terdapat dalam bahan di atas. 
  4. Akhir sekali masukkan pes tom yam, sos ikan, jus limau nipis dan garam mengikut citarasa hampa. 
  5. Kacau semua bahan tersebut hingga rata semuanya. 
  6. Setelah ayam empuk dan kesemua bahan telah masak sepenuhnya,hampa boleh padamkan api. 
  7. Akhir sekali barulah di masukkan susu cair dan taburkan daun ketumbar di dalamnya.

Tadaaaa!!~~~~Dah siap dahhhh~~~~sekarang semua dah boleh makan dengan percuma dan sebanyak mungkin..hahahha...๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚




Comments

Popular posts from this blog

Popia Otak-otak

Kari Telor Ikan Mayong

Ketam Masak Bercili dengan Telur