Galbi Sauce Roasted Chicken
hello~~lets cook❤❤
Assalamualaikum,sihat semua?Haritu,kami dok main instagram,dok scroll punya scroll..last-last terjumpa la resepi makanan ni,agak simple,TETAPI~~makanan barat la..
Nama masakan ni,Galbi Sauce Roasted Chicken~~kalau tengok,memang nampak sedap,tapi bila kami tengok resepi,memang ada la bahan yang sepatutnya,kita takleh guna.
Tapi,janga risau,kami akan gantikan bahan tu,dengan bahan yang HALAL~cuma,rasa makanan tu,tak jamin la sama,ya la..dah tukar katakan.
- gula 1Tbsp
- bawang putih yang dicincang 1 Tbsp
- bawang besar yang dilumatkan 2Tbsp
- sari buah apple 3 Tbsp
- plum extract 3Tbsp
- jin soy sauce 6Tbsp
- corn syrup 3Tbsp
- sesame oil 1Tbsp
- lada putih
Cara-cara:
- Campurkan semua bahan-bahan tersebut,asingkan sedikit sos itu ketepi dan letakkan isi-isi ayam tanpa tulang dalam mangkuk besar tersbut. Gaulkan dan perapkan selama 20 minit.
- Selepas cukup 20 minit,kita dah boleh gorengkan ayam tersebut dan hidangkan dengan nasi yang panas. Sos yang diasingkan tadi itu,boleh dituangkan ke atas ayam yang telah digoreng atau ke atas nasi sebagai kuah.
- Siap!!~~~senang ja kan?Ha,selamat mencuba๐
P/S: Haaaa,sambil-sambil fefeeling makan tu,bolehla layan drama Korea sekali (bagi yang minat drama Korea la)๐๐๐tapi,kalau nak fefeeling makan dengan drama Melayu pon boleh,mana-mana pon boleh๐๐๐๐
Comments
Post a Comment